Rabu, 5 September 2012

The Hand Craft of me.

Hi everyone..
I would like to share something today. actually, It was same what I'am said before. It's about,.. Hand craft. So, I let you judge what I create and finished. It's all about handy craft..


Vase

















Okay..
Let me know what in your mind about this.
Is that Okay or what.
Thank you.
By the way, this items is on Order soon.
Goodbye for a moment.. :-)

Isnin, 13 Ogos 2012

Daerah Keningau, kelahiranku..


Keningau… 
Sebuah daerah yang berada di kawasan pedalaman Sabah. Di namakan sempena nama ‘pokok keningau’ yang terdapat di daerah ini. Majoriti penduduknya berbangsa Dusun dan Murut. Pertanian masih berada pada peratus yang terbanyak sebagai sumber utama. Tempatnya strategik dan merupakan daerah terbesar di pedalaman. Tidak hairanlah Keningau, menjadi pusat bagi di semua daerah2 yang berada di pedalaman seperti Tenom, Nabawan, Tambunan.  
Menyentuh tentang daerah Keningau, teringat saya satu perbualan saya dengan seorang rakan baru dari Semenanjung..  dia merupakan seorang guru yang telah dihantar bertugas di pendalaman.. katanya, sebelum ke sini, dia sedia membeli keperluan seperti racun nyamuk, torch light and etc yang sewaktu dengannya.. sangkanya, daerah ini masih seperti berlatar belakangkan sebuah perkampungan.  Ketika dia sampai, dia terkejut bukan kepalang apa yang dia sangkakan meleset sama sekali.. haha.. dia tergelak ketika menceritakan peristiwa itu kepada saya..
So, kepada kawan2 yang masih belum ke sini, datanglah.. dan lihat sendiri kesibukan Keningau.. sebuah daerah yang sibuk dan pesat membangun.. segala-galanya ada di sini.. J
Kecuali pantai lah.. Namanya pun di pedalaman kan?.. heheh

Susasan Keningau sempena Maulidurasul..
Kawasan Penternakan



Kehijauan.. dan pertanian..


Keningau at night..

Kepelbagaian..

Traditional...

Harvest festival..



St. Francis Xavier's Church

Sabah Games..

Selasa, 7 Ogos 2012

Bulan Ramadan..

Hi everybody.!
Today, I would like to say..
selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimah..
kurang 2 minggu jer lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri..
so, pastinya masing2 sibuk dengan persiapan2 untuk menyambut Syawal. kan3?

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan kita berpuasa,..
sebenarnya bukan hanya yang muslim yang berpuasa, ramai jg di kalangan orang yang bukan muslim mengambil kesempatan ini untuk berpuasa. masing2 dengan niat tersendiri..
berpuasa sebenarnya baik untuk kesihatan..
tak percaya? cubalah.. :-)

oklah.
selamat berpuasa semua..
Good Nite.

Isnin, 16 Julai 2012

My Journey.!

Hai friends..!
fuhh.. lamanya tak update 'tempat' nih.. Thank's 4 sesiapa yang sudi membaca yah.
I have something to share.. :-)
Baru2 ini, c eydda pegi Philiphine.. 
apa yang saya lihat pastinya saya kongsikan kepada anda semua.. terpulang pada setiap penilaian kita secara Individual.
Apa yang pasti, ketika memijakkan kaki di sana, saya amat bersyukur kerana lahir sebagai warga Malaysia..
bukan sahaja kerana keamanan yang ada tapi kerana kebijaksanaan di dalam pentadbiran Kerajaan itu sendiri. I mean, yelah kan.. tiada apa yang sempurna sebenarnya.. tetapi, bila saya bandingkan apa yang ada di tempat kita, saya cukup bersyukur..
betullah kata orang.. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri..' lebih baik lagi di tempat sendiri. 
Apa yang saya lihat ialah ketidakseimbangan taraf di kalangan masyarakat mereka. dari manakah puncanya?
Apakah sebab utama yang menyebabkan begitu banyak gelendangan sedangkan mereka di tanah tumpah darah mereka sendiri? dan apa yang lebih menyedihkan, ia mempengaruhi persekitaran.. sampah-sarap dan pencemaran. Hanya tempat2 tertentu sahaja yang dijaga rapi. 
Tempat mereka cukup menarik.. dengan menumen2 dan sejarah yang boleh menggamit ramai pelancong, mahupun pengkaji. Namun, apabila melihat ketidak seimbangan hidup di kalangan mereka, timbul pula cerita persoalan di kepala saya. tidakkah mereka menghargai apa yang ada pada mereka? 
Ketika melalui sungai Manila, mata saya terbuka. Kota Metropolitan ini terbahagi kepada dua 'kelompok'. Kaya dan miskin. OMG! 
Apapun saya tidak akan lupa, mereka sangat 'welcoming'! 
Thank's Manila. Maraming-Salamat.
Hurm.. oklah..thats all for Now.. tersilap bahasa harap korang maafkan yah..
Thank's 4 reading! 
anyway, bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita..
Thank's God, because I was born in Malaysia.. :-)












Khamis, 5 April 2012

I Like Reading!!!

Today, bila saya keboringan di rumah.. saya ambik keputusan pegi ke kedai buku. Hah! Saya sangat2 suka membaca dan mengumpul novel. Tak kisahlah novel apa pun yang penting ia memenuhi selera saya. paling menarik bagi saya ialah novel triller. Novel cinta2, sukalah juga tapi, saya lebih tertumpu pada novel triller. Kalau tak pun, buku2 serammmm… grrr.. hehe.
                Di keningau nih, selalu susah nak dapatkan novel-novel terbaru. Kalau ada pun, selalu saja habis stok. So, kalau nak lagi banyak pilihan dan cepat dapat, terpaksa kena pegi ke Kota Kinabalu. Fuh. Berlambak pilihan. Semuanya terpulang kepada pembeli.. pajak satu kedai pun boleh.. hehe.
                Kalau dah mula membaca.. pastinya lupa dunia seketika. Itu yang sangat menarik tentang membaca ni.. ia menjadikan seolah2 dalam buku tu, itulah kita. Seperti kita berada dalam dunia jalan cerita tersebut. Hah! Pada yang kurang minat membaca, trylah.. sekali, duakali, kalau dah jumpa novel cerita yang menarik hati, pasti nak membaca lagi.. selamat mencuba!!
                Cerita fasal ni, sejauh mana anda menghargai buku? Saya percaya, bagi yang suka membaca, pasti tahu bahawa buku ialah benda yang paling berharga dan tidak sukar untuk menjaganya. Kalau dijaga dengan elok, percayalah, esok2, cucu-cicit pun dapat tumpang membaca buku2 tersebut. Kuasa buku? Cerita yang sudah berkurun2 lamanya, mampu di ketengahkan di mata generasi masa kini. Segala sejarah dan peristiwa yang berlaku dahulu, telah diolah menjadi buku, untuk tatapan kita pada hari ini.
                Walaupun dunia sekarang merupakan zaman teknologi, namun pada saya ia masih belum dapat menandingi betapa bergunanya dan berharganya buku. Tak percaya? Cuba selongkar diary2 lama anda. Walau selembar pun, pasti ia akan mencuit hati kita seketika. Hehe..
antara koleksi buku2ku..
                Oklah kawan2, itu saja untuk sekarang ni. Saya mintak maaf sebab belum dapat ‘menyiarkan’ mari belajar recycle mahupun handcraft bersama saya. sikit masa lagi ok?.. bubye all. 
!!!

Selasa, 3 April 2012

Update.




Sorry my friends..
Hari ini baru dapat update blog nih.. busy sangat dengan persediaan untuk party staff di tempat kerja. hehe.
well.. ini picture latest dari aku yah! hehe..
for more picture, mari cari saya di sini.. https://www.facebook.com/profile.php?id=100000532376566

Nitez all.
ikuti saya dalam mari belajar recycle lepas ini yah.. bye!

Selasa, 27 Mac 2012

HandCraft..

Saya berminat pada satu perkara. 
Saya sedari ingin sangat belajar tentang ini selepas saya habis bersekolah.
Bagaimanapun, betullah kata orang, kita hanya mampu merancang,
tapi bukan kita yang menentukan apa yang terjadi pada masa akan datang.
Walaupun saya tidak berjaya menjadikan bidang ini sebagai kerjaya saya, namun 
saya tetap teruskan ia sebagai minat saya yang paling utama. dan masih menaruh harapan suatu
masa nanti, saya akan menjadikannya sebagai perniagaan saya.
Handcraft.. 
Saya dari kecil suka pada benda2 yang diperbuat daripada hasil tangan. Tak kisahlah apapun.
Saya masih ingat, dulu pernah saya menghasilkan satu beg kecil yang di perbuat daripada kotak tebal, kain/kertas dan juga tali rafia. Semua berpandukan dengan hasil pembuatan orang lain. 
Setelah siap, hati saya sangat2 puas. walaupun tidak seindah mana,
tapi, hasilnya jauh lebih memuaskan daripada membeli.

Isnin, 26 Mac 2012

School's time!

School's time.. full of memories, macam2 ada. 
banyak perkara yang kita belajar. 
belajar untuk bersikap lebih terbuka..Kita belajar mengenali kawan2..
kita jumpa kawan2 yang serasi mahupun sebaliknya..
namun yang pasti, waktu itu yang paling sukar ialah sikap 'menyesuaikan diri'..
That's why, some of the student's, bertahan ataupun tercicir.. 
pengaruh sekeliling, rakan sebaya, or anythings.
semua sudut ada pengaruh2nya tersendiri.
My schools time? always in my mind..
ramai kawan2 yang sekepala walaupun datang dari pelbagai suku-kaum, etnik,
ataupun pelbagai pembawaan dan sifat..
Guru2 juga tidak henti2 memberikan yang terbaik. 
kalau difikirkan sekarang,
terima kasihlah cikgu2 yang sabar melayan karenah student seperti kami. :-)

Jumaat, 23 Mac 2012

I LOVE MUSIC!

Hey3..! do you like's music? what kind of music you like? siapa tak suka music? tell me lah kunun.. heheh. even some people can't listening, their must be heard their own heart beat..!! erm.. Music heal our soul, make our day wonderful and interesting!
Try this, when you wake-up in the morning, then try to playing the soft music. or if you rushing, (because, maybe you're late for something!), playing the hard music!
Actually, pada saya muzik merupakan satu benda yang sangat berkuasa.. mempengaruhi mood kita setiap saat. trust me! :-)
saya seorang yang tidak memilih apapun jenis muzik. tak kira lagu apapun, kalau ia berkenaan dihati, pasti saya suka! anda? :-)
okeylah.. saya tinggalkan anda dengan lagu nih.. salah satu lagu yang paling saya suka! I really like this song! full of meaning and also make's me 'open my eyes'.. 
enjoy this song.. !bye!

Selasa, 20 Mac 2012

Intro... :-)








Alkisah..

Suatu ketika dulu, saya punya keinginan untuk
Menghasilkan karya penulisan.. sayangnya setiap
Kali nak mulakan cerita.. semuanya seolah-olah
terhenti ekoran peristiwa yang datang bertubi-
tubi..  akhirnya, karya yang ingin di kongsikan
Hanya terhasil di sebalik minda dan fikiran,
Hanya menjadi warna kehidupan dalam diri.. dan Ingatan itulah menjadi diari dan penulisan yang tidak pernah berkesudahan… pahit manis, suka duka, tawa dan tangisan.. semuanya bersatu merajai dalam hidup yang tak akan pernah kunjung padam .. selagi hayat belum terhenti.. itulah yang harus di hadapi.. ..chewah! hehe..
Bila difikirkan, Kenapa apa yang kita rancang selalu tidak selancar seperti yang kita mahukan? Kenapakah harus ada rasa sakit dan pahit? Kenapa hidup tidak selalu indah? Kenapa harus ada kesusahan? Sering kali ia bermain di fikiran.. apatah lagi tatkala cabaran dan musibah datang menggugat kesabaran hati..
            Fikiran sering kali bertelingkah dengan hati.. Keinginan sering jadi taruhan.. apakah langkah seterusnya harus begini? Haruskah jadi begitu? Kenapa? Mengapa? Alahai.. alangkah sukarnya hidup..
            Erm.. tapikan, bila kita renung dan fikir dalam2, alangkah adil dan uniknya ciptaan dan karya yang maha Esa.. dari manusia di lahirkan.. ia harus belajar bertatih.. kemudian akan berlari bila tiba waktunya.. demikianlah hidup.. sentiasa mengalami prosesnya yang tersendiri.. “LIFE IS PROCESS”.. tidak ada seorang pun yang akan tertinggal dari proses itu.. ia proses yang wajib dihadapi. NO excuses!  Sebab, tanpa segala kesakitan dan kepayahan, kita pasti tidak akan mengalami setiap fasa dalam kehidupan.. setiap yang susah pasti akan diberi kesenangan.. dan setiap yang senang pasti akan diberikan kesusahan.. itulah nikmat cabaran dalam hidup.. bagi yang bertahan, pasti mentari yang bersinar di hadapan menanti.. setiap hari akan semakin mudah.. semakin bijak menguasai keadaan..Manusia harus pernah melakukan kesilapan.. kerana itulah sebenarnya yang menjadi tongkat hidup.. menjadi sokongan kita untuk akan terus kuat menghadapi detik-detik susah yang seterusnya..Kesusahan itu pastinya mematangkan kita dari sehari ke sehari.. 
erm.. k la. tima kasie coz' sudi membaca.. :-)