Selasa, 27 Mac 2012

HandCraft..

Saya berminat pada satu perkara. 
Saya sedari ingin sangat belajar tentang ini selepas saya habis bersekolah.
Bagaimanapun, betullah kata orang, kita hanya mampu merancang,
tapi bukan kita yang menentukan apa yang terjadi pada masa akan datang.
Walaupun saya tidak berjaya menjadikan bidang ini sebagai kerjaya saya, namun 
saya tetap teruskan ia sebagai minat saya yang paling utama. dan masih menaruh harapan suatu
masa nanti, saya akan menjadikannya sebagai perniagaan saya.
Handcraft.. 
Saya dari kecil suka pada benda2 yang diperbuat daripada hasil tangan. Tak kisahlah apapun.
Saya masih ingat, dulu pernah saya menghasilkan satu beg kecil yang di perbuat daripada kotak tebal, kain/kertas dan juga tali rafia. Semua berpandukan dengan hasil pembuatan orang lain. 
Setelah siap, hati saya sangat2 puas. walaupun tidak seindah mana,
tapi, hasilnya jauh lebih memuaskan daripada membeli.

1 ulasan: