Alkisah..
Suatu ketika dulu, saya punya keinginan untuk
Menghasilkan karya penulisan.. sayangnya setiap
Kali nak mulakan cerita.. semuanya seolah-olah
terhenti ekoran peristiwa yang datang bertubi-
tubi.. akhirnya, karya yang ingin di kongsikan
Hanya terhasil di sebalik minda dan fikiran,
Hanya menjadi warna kehidupan dalam diri.. dan Ingatan itulah menjadi diari dan penulisan yang tidak pernah berkesudahan… pahit manis, suka duka, tawa dan tangisan.. semuanya bersatu merajai dalam hidup yang tak akan pernah kunjung padam .. selagi hayat belum terhenti.. itulah yang harus di hadapi.. ..chewah! hehe..
Bila difikirkan, Kenapa apa yang kita rancang selalu tidak selancar seperti yang kita mahukan? Kenapakah harus ada rasa sakit dan pahit? Kenapa hidup tidak selalu indah? Kenapa harus ada kesusahan? Sering kali ia bermain di fikiran.. apatah lagi tatkala cabaran dan musibah datang menggugat kesabaran hati..
Fikiran sering kali bertelingkah dengan hati.. Keinginan sering jadi taruhan.. apakah langkah seterusnya harus begini? Haruskah jadi begitu? Kenapa? Mengapa? Alahai.. alangkah sukarnya hidup..
Erm.. tapikan, bila kita renung dan fikir dalam2, alangkah adil dan uniknya ciptaan dan karya yang maha Esa.. dari manusia di lahirkan.. ia harus belajar bertatih.. kemudian akan berlari bila tiba waktunya.. demikianlah hidup.. sentiasa mengalami prosesnya yang tersendiri.. “LIFE IS PROCESS”.. tidak ada seorang pun yang akan tertinggal dari proses itu.. ia proses yang wajib dihadapi. NO excuses! Sebab, tanpa segala kesakitan dan kepayahan, kita pasti tidak akan mengalami setiap fasa dalam kehidupan.. setiap yang susah pasti akan diberi kesenangan.. dan setiap yang senang pasti akan diberikan kesusahan.. itulah nikmat cabaran dalam hidup.. bagi yang bertahan, pasti mentari yang bersinar di hadapan menanti.. setiap hari akan semakin mudah.. semakin bijak menguasai keadaan..Manusia harus pernah melakukan kesilapan.. kerana itulah sebenarnya yang menjadi tongkat hidup.. menjadi sokongan kita untuk akan terus kuat menghadapi detik-detik susah yang seterusnya..Kesusahan itu pastinya mematangkan kita dari sehari ke sehari..
erm.. k la. tima kasie coz' sudi membaca.. :-)
saya budak baru belajar, (walaupun bukan 'budak lagi.. hehe).. kalau salah tolong tunjukkan.. :-)
BalasPadam