Isnin, 13 Ogos 2012

Daerah Keningau, kelahiranku..


Keningau… 
Sebuah daerah yang berada di kawasan pedalaman Sabah. Di namakan sempena nama ‘pokok keningau’ yang terdapat di daerah ini. Majoriti penduduknya berbangsa Dusun dan Murut. Pertanian masih berada pada peratus yang terbanyak sebagai sumber utama. Tempatnya strategik dan merupakan daerah terbesar di pedalaman. Tidak hairanlah Keningau, menjadi pusat bagi di semua daerah2 yang berada di pedalaman seperti Tenom, Nabawan, Tambunan.  
Menyentuh tentang daerah Keningau, teringat saya satu perbualan saya dengan seorang rakan baru dari Semenanjung..  dia merupakan seorang guru yang telah dihantar bertugas di pendalaman.. katanya, sebelum ke sini, dia sedia membeli keperluan seperti racun nyamuk, torch light and etc yang sewaktu dengannya.. sangkanya, daerah ini masih seperti berlatar belakangkan sebuah perkampungan.  Ketika dia sampai, dia terkejut bukan kepalang apa yang dia sangkakan meleset sama sekali.. haha.. dia tergelak ketika menceritakan peristiwa itu kepada saya..
So, kepada kawan2 yang masih belum ke sini, datanglah.. dan lihat sendiri kesibukan Keningau.. sebuah daerah yang sibuk dan pesat membangun.. segala-galanya ada di sini.. J
Kecuali pantai lah.. Namanya pun di pedalaman kan?.. heheh

Susasan Keningau sempena Maulidurasul..
Kawasan Penternakan



Kehijauan.. dan pertanian..


Keningau at night..

Kepelbagaian..

Traditional...

Harvest festival..



St. Francis Xavier's Church

Sabah Games..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan