Khamis, 4 Ogos 2016

Bukit Lugas lagi.

Selepas hiking dengan family di sini, Saya bawa lagi rakan2 sekerja ke tempat nih. 2nd time mendaki lagilah ramai. Sebab kitaorang mendaki pada
30 July 2016. Tempat ini akan ditutup pada 1 ogos kerana laluan baru akan dibuka kemudian.

Saya telah menubuhkan 1 kumpulan di kalangan rakan2 saya untuk mendaki Gunung Kinabalu pada tahun hadapan. Jadi saya terfikir kalau kami patut bersedia dan bersiap. Termasuklah hiking and climbing. Hehe..

Enjoy this moment..

Hiking again after many years!

Selepas beberapa tahun tidak mendaki mana2 bukit atau gunung, akhirnya keinginan tu tercapai tahun nih. 2016.
Maklumlah.. bila sudah berkeluarga dan sibuk dengan kehadiran anak2 kecil, 10tahun terperap dengan rutin seharian, manalah ada masa lagi utk diri sendiri. Apalagi bila sudah punya perkerjaan. Hehe..

Nak dijadikan cerita..
Sebagai permulaan saya cuma mampu mendaki bukit nih. Kemampuan tu maksudnya ia tidak jauh dari tanah kelahiranku. Dan boleh hiking beberapa minit sahaja. Kalau nak sampai jam tu termasuklah nak tunggu peluang tuk mengambil gambar kerana di situ sesak dengan manusia2x yg nak hiking seperti saya juga. Apa lagi selepas tempat nih menjadi viral di media2 sosial. Haha.

15minit mendaki bukit menuju ke bukit Lugas. Jalanan nak masuk kebun getah.
Kalau selepas hujan boleh tahan juga licin dia nih kerana tanahnya merupakan tanah kuning/tanah liat.


1st time ke Bukit Lugas, 
Kg. Kitou Tambunan.
hiking with my family. Termasuklah anak  saya yg kecil itu. Baru 3 tahun dah ikut mak dia. Hehe



Selasa, 2 Ogos 2016

I'am back!

Setelah beberapa tahun akhirnya saya dapat semula blog nih. Hi there..

Hidup perlu di teruskan.. walaupun pelbagai dugaan menimpa. Selagi bernafas, selagi itulah kita masih berjuang untuk hidup.

Kisah saya beberapa tahun ini..
Banyak memberi pengajaran dan kekuatan kepada saya agar terus berani melangkah. Walaupun tidaklah sekuat mana, tapi saya percaya atas ketentuan dan karya yang Maha Agung.
Saya mohon Dia akan sentiasa campurtangan dalam kehidupan saya, anak2 dan keluarga.
Amin.

Rabu, 5 September 2012

The Hand Craft of me.

Hi everyone..
I would like to share something today. actually, It was same what I'am said before. It's about,.. Hand craft. So, I let you judge what I create and finished. It's all about handy craft..


Vase

















Okay..
Let me know what in your mind about this.
Is that Okay or what.
Thank you.
By the way, this items is on Order soon.
Goodbye for a moment.. :-)

Isnin, 13 Ogos 2012

Daerah Keningau, kelahiranku..


Keningau… 
Sebuah daerah yang berada di kawasan pedalaman Sabah. Di namakan sempena nama ‘pokok keningau’ yang terdapat di daerah ini. Majoriti penduduknya berbangsa Dusun dan Murut. Pertanian masih berada pada peratus yang terbanyak sebagai sumber utama. Tempatnya strategik dan merupakan daerah terbesar di pedalaman. Tidak hairanlah Keningau, menjadi pusat bagi di semua daerah2 yang berada di pedalaman seperti Tenom, Nabawan, Tambunan.  
Menyentuh tentang daerah Keningau, teringat saya satu perbualan saya dengan seorang rakan baru dari Semenanjung..  dia merupakan seorang guru yang telah dihantar bertugas di pendalaman.. katanya, sebelum ke sini, dia sedia membeli keperluan seperti racun nyamuk, torch light and etc yang sewaktu dengannya.. sangkanya, daerah ini masih seperti berlatar belakangkan sebuah perkampungan.  Ketika dia sampai, dia terkejut bukan kepalang apa yang dia sangkakan meleset sama sekali.. haha.. dia tergelak ketika menceritakan peristiwa itu kepada saya..
So, kepada kawan2 yang masih belum ke sini, datanglah.. dan lihat sendiri kesibukan Keningau.. sebuah daerah yang sibuk dan pesat membangun.. segala-galanya ada di sini.. J
Kecuali pantai lah.. Namanya pun di pedalaman kan?.. heheh

Susasan Keningau sempena Maulidurasul..
Kawasan Penternakan



Kehijauan.. dan pertanian..


Keningau at night..

Kepelbagaian..

Traditional...

Harvest festival..



St. Francis Xavier's Church

Sabah Games..

Selasa, 7 Ogos 2012

Bulan Ramadan..

Hi everybody.!
Today, I would like to say..
selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimah..
kurang 2 minggu jer lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri..
so, pastinya masing2 sibuk dengan persiapan2 untuk menyambut Syawal. kan3?

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan kita berpuasa,..
sebenarnya bukan hanya yang muslim yang berpuasa, ramai jg di kalangan orang yang bukan muslim mengambil kesempatan ini untuk berpuasa. masing2 dengan niat tersendiri..
berpuasa sebenarnya baik untuk kesihatan..
tak percaya? cubalah.. :-)

oklah.
selamat berpuasa semua..
Good Nite.

Isnin, 16 Julai 2012

My Journey.!

Hai friends..!
fuhh.. lamanya tak update 'tempat' nih.. Thank's 4 sesiapa yang sudi membaca yah.
I have something to share.. :-)
Baru2 ini, c eydda pegi Philiphine.. 
apa yang saya lihat pastinya saya kongsikan kepada anda semua.. terpulang pada setiap penilaian kita secara Individual.
Apa yang pasti, ketika memijakkan kaki di sana, saya amat bersyukur kerana lahir sebagai warga Malaysia..
bukan sahaja kerana keamanan yang ada tapi kerana kebijaksanaan di dalam pentadbiran Kerajaan itu sendiri. I mean, yelah kan.. tiada apa yang sempurna sebenarnya.. tetapi, bila saya bandingkan apa yang ada di tempat kita, saya cukup bersyukur..
betullah kata orang.. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri..' lebih baik lagi di tempat sendiri. 
Apa yang saya lihat ialah ketidakseimbangan taraf di kalangan masyarakat mereka. dari manakah puncanya?
Apakah sebab utama yang menyebabkan begitu banyak gelendangan sedangkan mereka di tanah tumpah darah mereka sendiri? dan apa yang lebih menyedihkan, ia mempengaruhi persekitaran.. sampah-sarap dan pencemaran. Hanya tempat2 tertentu sahaja yang dijaga rapi. 
Tempat mereka cukup menarik.. dengan menumen2 dan sejarah yang boleh menggamit ramai pelancong, mahupun pengkaji. Namun, apabila melihat ketidak seimbangan hidup di kalangan mereka, timbul pula cerita persoalan di kepala saya. tidakkah mereka menghargai apa yang ada pada mereka? 
Ketika melalui sungai Manila, mata saya terbuka. Kota Metropolitan ini terbahagi kepada dua 'kelompok'. Kaya dan miskin. OMG! 
Apapun saya tidak akan lupa, mereka sangat 'welcoming'! 
Thank's Manila. Maraming-Salamat.
Hurm.. oklah..thats all for Now.. tersilap bahasa harap korang maafkan yah..
Thank's 4 reading! 
anyway, bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita..
Thank's God, because I was born in Malaysia.. :-)