Selepas beberapa tahun tidak mendaki mana2 bukit atau gunung, akhirnya keinginan tu tercapai tahun nih. 2016.
Maklumlah.. bila sudah berkeluarga dan sibuk dengan kehadiran anak2 kecil, 10tahun terperap dengan rutin seharian, manalah ada masa lagi utk diri sendiri. Apalagi bila sudah punya perkerjaan. Hehe..
Nak dijadikan cerita..
Sebagai permulaan saya cuma mampu mendaki bukit nih. Kemampuan tu maksudnya ia tidak jauh dari tanah kelahiranku. Dan boleh hiking beberapa minit sahaja. Kalau nak sampai jam tu termasuklah nak tunggu peluang tuk mengambil gambar kerana di situ sesak dengan manusia2x yg nak hiking seperti saya juga. Apa lagi selepas tempat nih menjadi viral di media2 sosial. Haha.
15minit mendaki bukit menuju ke bukit Lugas. Jalanan nak masuk kebun getah.
Kalau selepas hujan boleh tahan juga licin dia nih kerana tanahnya merupakan tanah kuning/tanah liat.
1st time ke Bukit Lugas,
Kg. Kitou Tambunan.
hiking with my family. Termasuklah anak saya yg kecil itu. Baru 3 tahun dah ikut mak dia. Hehe