Today, bila saya keboringan di rumah.. saya ambik keputusan pegi ke kedai buku. Hah! Saya sangat2 suka membaca dan mengumpul novel. Tak kisahlah novel apa pun yang penting ia memenuhi selera saya. paling menarik bagi saya ialah novel triller. Novel cinta2, sukalah juga tapi, saya lebih tertumpu pada novel triller. Kalau tak pun, buku2 serammmm… grrr.. hehe.
Di keningau nih, selalu susah nak dapatkan novel-novel terbaru. Kalau ada pun, selalu saja habis stok. So, kalau nak lagi banyak pilihan dan cepat dapat, terpaksa kena pegi ke Kota Kinabalu. Fuh. Berlambak pilihan. Semuanya terpulang kepada pembeli.. pajak satu kedai pun boleh.. hehe.
Kalau dah mula membaca.. pastinya lupa dunia seketika. Itu yang sangat menarik tentang membaca ni.. ia menjadikan seolah2 dalam buku tu, itulah kita. Seperti kita berada dalam dunia jalan cerita tersebut. Hah! Pada yang kurang minat membaca, trylah.. sekali, duakali, kalau dah jumpa novel cerita yang menarik hati, pasti nak membaca lagi.. selamat mencuba!!
Cerita fasal ni, sejauh mana anda menghargai buku? Saya percaya, bagi yang suka membaca, pasti tahu bahawa buku ialah benda yang paling berharga dan tidak sukar untuk menjaganya. Kalau dijaga dengan elok, percayalah, esok2, cucu-cicit pun dapat tumpang membaca buku2 tersebut. Kuasa buku? Cerita yang sudah berkurun2 lamanya, mampu di ketengahkan di mata generasi masa kini. Segala sejarah dan peristiwa yang berlaku dahulu, telah diolah menjadi buku, untuk tatapan kita pada hari ini.
Walaupun dunia sekarang merupakan zaman teknologi, namun pada saya ia masih belum dapat menandingi betapa bergunanya dan berharganya buku. Tak percaya? Cuba selongkar diary2 lama anda. Walau selembar pun, pasti ia akan mencuit hati kita seketika. Hehe..
antara koleksi buku2ku.. |
Oklah kawan2, itu saja untuk sekarang ni. Saya mintak maaf sebab belum dapat ‘menyiarkan’ mari belajar recycle mahupun handcraft bersama saya. sikit masa lagi ok?.. bubye all.
!!!
!!!